Saturday, March 14, 2009

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 16 SESI 2009 / 2010

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) ( No Daftar : SEL 835 )
Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,
Jalan Cucur 18 / 13,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03 55422512 http://www.pibgseksyen18.blogspot.com
____________________________________________________________________________________________________________

Ruj Kami : Bil. (02)dlm. MA16/PIBG/SKS18/07/02
Tarikh : 1 Mac 2009

Kepada;
Ibu bapa / Penjaga,

Melalui dan Salinan Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 18,

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 16 SESI 2009 / 2010

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Seksyen 18

2. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa / penjaga ke mesyuarat ini. Semoga dengan kehadiran Dato’ / Datin / Tuan / Puan ke majlis ini akan dapat menjana idea dan memantapkan lagi perjalanan persatuan ini pada masa depan.

3. Bersama-sama surat ini dilampirkan borang usul PIBG untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 Sesi 2009 / 2010. Sila kemukakan usul ini kepada Setiausaha Kehormat PIBG pada atau sebelum 14 Mac 2009. Kesudian Dato’ / Datin / Tuan / Puan ke majlis ini, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

“ MAJU TERUS MAJU KE ARAH KECEMERLANGAN ”

Saya yang menjalankan tugas,



……………………………….
( ZAIDI BIN ZAKARIYA )
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 18

No comments: